Sabtu, 28 November 2009

Pagi yang damai

Pagi ini sebaik saja aku terjaga dari tidur,pekara pertama dalam fikiranku apa yang aku lalui malam tadi. Hm...rasa agak kebosanan tanpa Ucuk. Lebih kurang pukul 10.30pm aku menerima sms dari kawan lama.
Disaat dia menceritakan kesedihan tidak dapat pulang beraya dikampung,aku rasa bersyukur kerana aku masih dikampung bersama keluarga tersayang. Aku memahami apa yang dirasainya. Nani merasa sedih yang amat bila beraya di negeri orang.
Aku pernah merasai kerinduan teramat pada rumah,tika itu aku berada di KL. Aku ke KL kerana pesta buku yang berlangsung di PWTC. Bila ingat kembali rasa kelakar pula. Aku merengek mahu pulang kerumah bila malam menjelma. Rindu pada bilik dan tilam sendiri. Umi dan along memujuk aku bagaikan budak kecil.Hehehe... gula2kan aku dengan kemeriahan esok hari diPWTC. Itu setahun yang lalu..tahun ini walaupun masih tidak dapat menyesuaikan diri,tidak lena tidur malam namun banyak kenangan manis aku kumpul. 2 malam bermalam di hotel namun 2 malam tidurku tak lena. Rasa cemburu melihat kak b,kak za dan kak lah lena dibuai mimpi namun aku masih terkebil2 merenung sekeliling. Terfikir juga aku..akan datang masih beginikah atau sudah dapat menyesuaikan diri...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan